dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giatmara – Fotografi Produk

28 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2024 (Ahad) - NADI Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul yang kedua yang bertajuk Fotografi Produk. Seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan telah menyertai kelas ini. Kelas dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Kelas ini turut dibantu oleh petugas daripada NADI Presint 9 Fasa 10, Presint 16 dan Presint 18

Diawal sesi, pelajar ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak yang bertajuk Cyber Bully. Pelajar diterangkan mengenai apa itu Cyber Bully dan kesan-kesan Cyber Bully kepada mangsa. Seterusnya Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 memberi taklimat mengenai modul fotografi produk. Modul ini terdiri daripada penerangan mengenai produk, jenis produk, kepentingan kualiti visual produk, cara mengambil gambar produk, rule of third, penggunaan mini studio, flatlay dan aplikasi editing yang boleh digunakan

Bagi aktivti kedua, pelajar perlu menjawab kuiz berkaitan fotografi menggunakan laman web Kahoot.It. Kuiz ini dijalankan bagi memastikan pelajar memahami kandungan pembelajarandan 3 pelajar yang mendapat markah tertinggi mendapat saguhati dari pihak NADI

Seterusnya, pelajar dibahagikan dalam 3 kumpulan dan perlu memilih produk yang akan digunakan untuk sesi fotografi iaitu menggunakan Mini Studio dan Flatlay. Pelajar diberi masa selama 45 minit untuk mengambil gambar produk mereka menggunakan kedua-dua elemen yang disediakan. Pelajar juga diminta untuk mencantikkan gambar produk mereka menggunakan applikasi editing. Di hujung sesi, petugas NADI memberi komen dan penilaian kepada setiap hasil tugasan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.